Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Mungkin agak terlewat untuk menulis artikel ini tapi tak terlambat untuk mengucapkan Salam Kemerdekaan kepada anda yang sentiasa membaca blog ku ini.
Tanpa kemerdekaan pasti anda semua tidak mempunyai masa untuk menelek bait-bait perkataan yang terpapar di blog ini. Yelah, kalau korang terpenjara mungkin tak dapat nak buka komputer , handphone dan gajet-gajet lain.
Kiranya bebas barulah boleh buang sedikit masa baca artikel ni kan? Bercerita hari Merdeka memang setiap tahun aku diPAKSARELA untuk menyertai kawad perbarisan hari Kemerdekaan peringkat negeri Melaka. Dah 4 tahun rasanya aku kena join kawad ni.
Dan jangan cakaplah memang tak pandai-pandai pun kawad ni. Cuma bestnya, tiap kali kawad memang akan dapatlah kasut, seluar dan baju percuma dari Jabatan. Tapi kenalah berpanas dan berkawad sekitar 2.4 kilometer.
Macam sebelumnya kami kena datang ke Dataran Pahlawan sebelum 8.00 pagi. Kalau dua tiga tahun lepas aku tunggu kat opis, tapi masuk tahun lepas aku terus tunggu bas kat Wisma SAMB. Dah malas sorang lelaki tunggu sana.
Tahun ni seawal jam 7.00 pagi aku dah tercongok kat Hang Tuah Walk. Bas tiba jam 7.30 pagi dan terus ke Dataran Pahlawan. Rasanya tahun ni macam kurang meriah perbarisan berbanding sebelum ini. Majlis yang diadakan pada hari Jumaat mempercepatkan lagi majlis tersebut. Tahun ini Hari Kemerdekaan dengan slogan ‘Sayangi Malaysiaku’ dan ianya merupakan hari bersejarah kerana tahun ini kepimpinan baharu yang memimpin Kemerdekaan itu, Samada kita akan semaki Merdeka atau tidak dibawah kerajaan baharu ini, kita tunggu dan lihat sahaja. Harap-harap bagus lah hendaknya. (Artikel Perarakan Sambutan Merdeka Melaka boleh rujuk sini )

Bergambar dengan kereta kebal. Teringin pula nak bawa dan tembak
Macam biasa kita yang tepi je la

Perarakan bergerak kira-kira jam 9.00 pagi dan kami tiba ke Stadium Hang Tuah kira-kira jam 10.00 pagi. Habis je terus aku balik ke rumah. Malas pula nak tunggu-tunggu perarakan. Aku harap tahun depan tak kena lagi perarakan sebab nak juga rasa tengok orang lain berarak.
Lagipun badan dah semakin tua. Terasa sakit pinggang kat belakang ni. Mencucuk-cucuk. Okay, gambar pun takde sangat. Disamping itu aku paparkan juga secebis sajak yang ku cipta sendiri ni.

Jiwa Merdeka

Merdeka.. Merdeka.. Merdeka
Koleksi laungan pelbagai bunyi,
berdenyut-denyut nadi seorang tua menjerit
mengenang kisah lama tatkala dirinya di belenggu penjajah

Hari ini dia berdiri,
Tidak lagi terkunci jiwanya
Kala darah mudanya membuak ingin menumbangkan penjajah
Membina negara berdaulat
Meruntuhkan ego musuh mendongakkan jiwa merdeka

Kini,
bila dilihat
sepasang matanya tidak lena,
mata kabur masih mampu melihat
masih mampu mendengar
Jeritan anak muda berteriak
Merdeka..merdeka..merdeka

Bangga rasanya bila sepasang kaki yang dikorbankan
Hilang tika berjuang
Kesalan tiada terdetik di hati
Bangganya dirinya melihat negaranya berdiri gagah

Airmatanya tercicir
Mengalir perlahan mengenang rakan yang telah pergi
Tinggal dirinya sahaja,
Di rumah tua itu
Menghitung hari …

#sajakmerdeka2018

2 Replies to “Perarakan Hari Merdeka 2018”

Leave a Reply to Pengetua Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.