santai

Selamat Jalan Kawanku : Mohamad bin Aris

Minggu ini aku kehilangan seorang sahabat. Seorang sahabat yang ku kenali dari zaman pengajian di UiTM sehingga kini. Agak terkejut sebab ianya berlaku dalam tempoh yang singkat.
Pada hari Isnin (22.6.2020) kami dimaklumkan yang arwah pengsan dan mengalami pendarahan dalam otak. Dalam tempoh seminggu ini kami dimaklumkan oleh waris yang arwah tidak memberikan tindakbalas.
Aku tak tahu kisah tepat jadi tak berani nak mengulas lebih lanjut.
Namun pada hari Jumaat malam kami diberitahu tentang akhirnya arwah telah dijemput untuk meninggalkan alam yang fana ini. Meninggalkan segala yang ada di dunia ini termasuk sahabatnya.
Meskipun sedih tapi aku rasa, pemergiannya adalah jalan terbaik. Mungkin ia akan lebih memudahkan kaum keluarga berbanding kalau dia berada dalam keadaan koma.

Kalau ikutkan baharu 2-3 hari sebelumnya arwah ada mesej dalam group Whatsap

Fakta Arwah Mohamad Aris (Tolong Betulkan Sekira Salah).
Aku bukanlah rakan rapat Mohamad bin Aris ni tapi aku ada teringat beberapa fakta yang boleh aku kongsikan.

1) Lelaki yang kemas. Seingat aku dia selalu tuck in bajunya meskipun masa bersukan. Memang itu antara identiti dia ketika di itm jengka dulu.
Rambutnya juga sentiasa disakit rapi. Cuma bila berusia dia takdelah tuck in bajunya sangat macam dulu.

2) Arwah tak ikut kami ambil Diploma Degree lepas selesai ITM. Tak pasti samada dia ada sambung belajar selepas tu. Mungkin ada tapi aku tak tau.
Ketika aku belajar di Shah Alam dulu, dia dah mula kerja di SUK Selangor. Masa tu dia rajin singgah ke rumah kami. Mengingatkan kembali silaturrahim antara kami supaya tak putus.

3) Merupakan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor. Kebetulan pula aku juga berada di jawatan sama cuma di negeri berbeza.
Aku jumpa dia selepas berpisah lama pun atas sebab kerja. Aku ada hadiri mesyuarat di KPKT dan sejak itu mula bersilaturrahim kembali.

4) Arwah memang target untuk dapat Diploma Sains Komputer. Tak silap keputusan SPM dia tak cukup menyebabkan dia ambil Pra Sains untuk masuk ke jurusan Diploma Sains Komputer.

5) Arwah seorang yang mempunyai ilmu yang baik dalam ilmu agama. Tak silap dia memang boleh mengaji Al-Quran dan suaranya memang baik. Cumanya aku tak pernah minta belajar dengan dia dulu.

6) Arwah membahasakan dirinya ‘Mad’ . Sebenarnya masa belajar dulu tak pula dia bahasakan dirinya Mad tapi beberapa tahun kebelakangan ini. Aku perasan tapi kita hormat dengan cara dia. Tak pernah nak bertanya pula..

7) Arwah memang komited dengan anaknya. Salah seorang anaknya atlet taekwando. Aku ingat yang dia sering follow bilamana anak dia masuk bertanding. Aku pernah jumpa arwah ketika di Masjid Tanah ketika anaknya bertanding di sana.
Bukan semua bapa beri komitmen macam ni.

8) Arwah baharu sahaja menunaikan umrah. Tak silap aku pada tahun lepas. Dan masa nak menunaikan umrah tu pun ada hal sehingga tertangguh pada masa pertama tu. Alhamdulillah berjaya juga dia menjejakkan kaki ke tanah suci tu.

9) Masa aku belajar di UiTM Shah Alam, arwah bawa motosikal EX5. Tak silap aku la..

10)Arwah ni peramah dan suka bercerita. Sebab tu dia boleh dengan aku. Kalau nak tunggu aku je bercerita memang la susah.

11) No IC Arwah 04. Dia selalu cerita dan mengaku ada darah anak Melaka. Ye, dia asalnya dari Kuala Linggi tapi rasanya separuh kehidupannya adalah di Selangor.

12) Arwah ada nama samaran iaitu Kassim. Seingat aku, nama ini dipanggil sebab mula-mula tak serasi dengan nama Mohamad ni. Mungkin masa kecil.Tapi untuk kami ok je panggil mamad.

Kisah Aku Dengan Mohamad Aris

Kenangan dengan Mohamad Aris ni mungkin banyak tapi aku cuba taip yang mana ingat je. Dan aku taip tak ikut susunan. Ikut mana teringat je…

1) Aku pernah ditegur arwah ketika solat Jemaah di surau Awis Qarni. Masa tu aku ikut imam dan lepas tu dia sambung. Dia perasan aku buat lebih dari 3 pergerakan untuk undur ke belakang.
Ye, teguran itu aku ingat sampai sekarang dan aku belajar dari situ.

2) Aku pernah ikut dia balik ke Shah Alam. Masa tu nak balik Melaka. Sampai ke Shah Alam malam tu nak kena naik bas di Puduraya pula. Tengah jalan pula jalan sesak menyebabkan aku sedikit cuak.
Tapi alhamdulillah sempat juga sampai di Puduraya dan berjaya pulang ke Melaka dengan jayanya.

3) Aku mengenali arwah sebab beliau selalu singgah di bilik aku ketika part 1. Tak ingat sebab apa, tapi dia selalu berborak kat bilik kami. Meskipun dia lebih tua dari aku tapi kami dah macam kawan takdelah nak panggil abang pula.

4) Bila ada isu pasal Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor atau hal-hal rumah Selangor memang aku cuba dapatkan info dari dia . Itu je kabel yang boleh aku tanya. Sedih, lepas ni tak de lagi aku nak Whatsapp beliau kalau tetiba ada isu berkaitan.

5) Kali terakhir aku jumpa arwah adalah pada tahun lepas iaitu di Jalan Yadi, Klang. Masa tu aku melawat bapa saudara isteri di sana. Terkejut pula bila dia bagitau yang dia duduk dekat area tu. Bukan apa, dulu rasanya dia duduk di Shah Alam.
Bila borak-borak arwah bagitau dia buat rumah di tanah Bapa Mertuanya. Jadi itu lah sebabnya. Kalau ikutkan, lebih jauh lah dia nak ke pejabat duduk di Klang tu. Aku borak agak lama juga masa tu. Borak di tepi longkang je masa tu.


Dalam 2 jam lebih juga borak. Aku agak ralat juga lepas tu sebab tak dapat nak ajak mengeteh kat area berdekatan. Bukan apa, masa tu dia bawa anak dia jadi mungkin kalau nak naik moto tu tak boleh la. Tapi tu la, kalau aku ajak dia lepak dalam rumah makcik sedara pun ok sepatutnya.
Tu la, borak tanpa minum-minum. Terkenang juga…

Dalam borak-borak tu banyak juga diceritakan hal-hal kawan-kawan yang kurang dia setuju. Tapi elok aku simpan sahaja sebagai rahsia mati..

6) Sebenarnya aku ada kurang bersetuju dengan satu muatan Whatsapp beberapa minggu lalu. Harap arwah tak kecil hati la. Sedih pula rasa.

7) Aku pernah naik kereta dia ketika perjumpaan aku dan beberapa rakan di Klang. Masa tu aku baharu kahwin dan isteriku tengah mengandung dak Fatih. Dia jemput aku di Hotel Concorde masa tu.

Pergi Menziarahi Arwah

Selepas aku membaca berita di Whatsapp, terfikir beberapa perkara. Perlukah aku menziarahi beliau? Aku dah berjanji dengan anak untuk pergi Zoo Melaka pada hari esoknya. Tapi ini adalah hari terakhir aku mampu memandangnya.
Jadi aku membuat keputusan untuk ke sana. Lagipun lokasi pengebumian adalah di Shah Alam. Lokasi yang bukanlah asing bagiku. Malam tu aku pun bagitau isteriku dan dia setuju je. Aku pergi seorang diri sebab kalau ada Fatih mungkin agak sukar.
Lagipun ramai rakan-rakan sepengajian yang berada di sana bersetuju untuk ke sana.

Meskipun aku bukanlah rakan paling rapat tapi inilah ruang untuk mengintainya dari jauh. Aku gerak dari rumah selepas Subuh. Kira-kira jam 6.15 pagi. Ada satu kejadian mengejutkan. Bila aku lihat jam, ia telah menunjukkan jam 7.15 pagi sedangkan aku baharu sahaja sampai di Alor Gajah.
Sedikit mengejutkan sebab aku ingat keluar awal tadi. Takut tak sempat tiba sebab menurut maklumat, jenazah akan dibawa ke masjid seawal jam 8.00 pagi. Tapi aku tetap meneruskan perjalanan dengan pemanduan biasa. Sesekali je aku bawa lebih 100 km/h. Bukan apa, kereta Myviku ini ada isu sikit.
Air dalam tangki radiator cepat habis. Jadi aku takut kalau berlaku overheat. Lagipun tayar belakang agak kurang bunganya. Di tambah pula ada kurang keseimbangannya. Mungkin allignment ada problem.
Seperti yang kurancang, RnR Dengkil menjadi tempat persinggahan untuk buang air kecil (almaklumlah, pesakit diabetes memang mempunyai simptom kerap kencing). Aku pandang jam, ia menunjukkan jam 8.30 pagi. Adoi. Sempat ke tidak. Tapi aku tetap yakin sebab biasanya, pukul 9.00 belum mula lagi. Ikutkan dari Dengkil ke Shah Alam ambil masa 25 minit.
Sambil tu aku tengok handphone. Lah, baru pukul 7.35 rupanya. Nampaknya jam Olike Neo aku ni tak sync dengan handphone rupanya( ok, Olike Neo ni baharu beli. Dan kali pertama pakai… Yang lama dah rosak tali dia). Pergh!! Kena tipu buta-buta rupanya.
Alhamdulillah perjalanan aku ke Seksyen 24 tidak tergesa-gesa lepas tu.

Sampai ke Seksyen 24, macam biasalah sesat. Ye lah,handphone pula takde stand. Lagilah payah nak menengok Google Maps. Nasib baik dalam jam 8.15 jumpa juga lokasi rumah tu. Tengah nak ke rumah tiba-tiba di sapa oleh orang menaiki van. Rupa-rupanya kaum keluarga yang memberitahu yang jenazah telah dihantar ke masjid.

Gambar di Masjid Seksyen 24. Masa ni aku berborak dengan En Syazwan, Ketua Unit IT LPHS merangkap ketua arwah


Alhamdulillah bernasib baik sampai tepat pada waktunya.Kalau lambat memang terpinga-pinga nak cari masjid. Dah jumpa tu, aku pun follow je terus ke masjid.
Aku tak tengok tapi rasanya, mayat dimandikan di masjid. Lepas tu solat jenazah juga di masjid. Di masjid tu aku berjumpa rakan sepengajian yang telah berjanji.
Sambil tu aku jumpa juga boss arwah dan bertanya serba sedikit tentang kesihatan di tempat kerja. Dia pun terkejut sebab tiada apa-apa tanda pun.

Dapatlah juga aku solat jenazah untuk sahabat aku ni. Kurang-kurang inilah jasa terakhir aku pada dia. Lepas tu kami (aku dan rakan sepengajian) terus menuju ke tapak perkuburan di Seksyen 21, Shah Alam.
Agak bersistematik tanah perkuburann di situ. Memang berbeza dengan di kampung. Untuk mengorek lubang kubur juga digunakan jengkaut backhoe. Ini kali kedua aku melihat jengkaut backhoe digunakan dalam pengebumian.
Sebelum ini suami sepupu isteri di Klang. Aku lihat kaum keluarga yang bersedih. Sayu terutama bila melihat bapa arwah. Ye, seingat aku arwah memang rapat dengan bapa dia.
Memang macam kawan dan itu yang diterapkan oleh beliau.

Itu sahaja yang mampu aku taipkan ketika ini. Mungkinkah kami akan ketemu lagi di alam sana? Wallahualam..
Terima kasih kerana korang membaca sehingga habis..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

14 thoughts on “Selamat Jalan Kawanku : Mohamad bin Aris

        1. oo awak kawan dia masa kanak-kanak ye…
          memang terasa la kan..
          saya kenal masa zaman belajar di itm ..
          lepas tu time kerja pula tu dia jawatan hampir sama cuma di negeri lain..
          selalu juga berhubung dalam group whatsapp..
          memang terkejut juga bila isteri dia bagitau dalam group tu..
          no beliau masih ada..

  1. Kenangan bersama arwah memang takleh lupa. Kita pun dah bersama kenal sejak tahun July 1996. Kekal hingga akhir hayat arwah. Semoga arwah ditempatkan disisi yang terbaik. Amin.

  2. Thanks zool berkongsi rasa dgn kwn2 yg lain. Peringkat pedih dlm group wasasap kwn study ni bila melihat perginya rakan satu persatu.. betapa pantas usia muda itu pergi meninggalkan kita.

Leave a Reply to Shafarizal bin Abd Wahab Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.