Kembali lagi ku tuliskan artikel di blog yang hanya berupdate seminggu sekali ni. Minggu ni fokus aku adalah pada larian Fit Malaysia Melaka.
Cabaran baharu kerana ini kali pertama aku menyertai acara larian 10 kilometer. Memang ada buat latihan namun ianya berbeza dengan larian sebenar.
Program FitMalaysia – ‘FM Ride’ Melaka 2016 ini dianjurkan oleh Rainbow Jersey Events dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan.
Pada mulanya aku dah daftar secara personal untuk 10 kilometer ni tapi selang sehari bebudak opis pun masuk selepas mendapat jemputan dari Pejabat Pentadbiran Jabatan Ketua Menteri Melaka.
Mereka masuk 5 kilometer tapi aku dah daftar 10 kilometer. Sebelum itu, aku dan geng yang dinamakan #teampunchet ada melakukan beberapa kali latihan di Taman Botanikal Ayer Keroh. Perlu ada latihan untuk persediaan di hari perlumbaan.

Pada hari Jumaat, (8 April 2016) aku mengambil bib yang diberi oleh pihak penganjur. Terperanjat juga aku bila melihat bib 10km ada cip untuk masa. Ingatkan cuma lari biasa-biasa je. Kira oklah tu, larian tanpa bayaran tapi ada juga cip bib untuk masa tu.
Aku mengambil bib nombor tersebut di Kompleks Rakan Muda, Lendu, Alor Gajah, Melaka. Memang tersusun juga penganjur memberikan bib pada peserta-peserta. Lepas ambil bib tu aku dan kawan-kawan survey lokasi di Taman Rekreasi Beringin, Masjid Tanah. Lepas tu terus singgah makan kejap kat D’Sawit, Masjid Tanah. Korang pernah singgah sini?

Bib nombor larian. AKu yang nombor mula huruf K tu.
Bib nombor larian. AKu yang nombor mula huruf K tu.

Memang gempak makanan kat sini terutama nasi arab. Memang tak larat nak ngabiskan kalau makan sini. Kedai D’Sawit ni memang legend kat Melaka sebab dia dikelilingi kelapa sawit.

Berbalik kepada hari Jumaat tu, takde apa nak cerita cuma petangnya takdelah nak training sangat. Cuma aku pergi ke kolam renang untuk mempertajamkan skill renang ni. Korang nak belajau renang? Cuba try baca ebook ‘Panduan Renang’. Aku belajar sikit-sikit kat situ gak.
Takdelah pandai sangat tapi bolehlah sikit-sikit.

Eh, dah melalut pula pergi ke renang pula. Kembali semula kat cerita Larian Fit Malaysia ni. Acara berlangsung pada hari Ahad tapi pada hari Sabtu tu pula adik aku buat makan-makan simple kat rumah mak sempena hari lahir beliau yang ke berapantah. Makan Pizza Domino, KFC, air gas memang bukan satu yang bagus untuk hari lari esok. Tapi baham je lah kan. Hehehehe.
Esok paginya aku dan geng-geng bergerak dari opis dalam pukul 6.30 pagi. Dalam perjalanan nampak banyak basikal yang menuju ke destinasi sama iaitu di Taman Rekreasi Beringin, Masjid Tanah, Melaka. Memang ramai orang di Taman tersebut. Aku berempat menuju ke taman. Dan seperti biasa aku kena singgah tandas dulu. Nasib baik tak ramai.
Selang beberapa minit je, acara aku nak start. Nasib baik sempat buang dan aku terus menyempil di bahagian depan. Dengan ‘pouch arm’ yang menempatkan handphone ASUS ku ini. Setkan app Runkeeper untuk ku catat masa larian ku.

Apabila dilepaskan oleh Datuk Ab Rauf (Ketua UMNO Masjid Tanah), aku pun bergerak pantas. Memang berada dalam kelompok hadapan juga aku ni. Dan ter’laju’ juga pada awalnya. Dalam keadaan ini, kesilapan utama adalah mengikut sangat rentak-rentak mereka yang di hadapan ini. Sedikit terganggu juga rentak larianku pada awalnya. Namun kugagahi juga. Walaupun niat ingin berlari tanpa henti dengan larian perlahan namun terpengaruh dengan kelajuan orang lain.
Kira-kira 5 kilometer hendak memasuki lorong SOlok Air Batu, Masjid Tanah aku terpaksa berjalan. Dan apabila kurasakan telah tenang baru ku mulakan henjutan. Ada beberapa orang wanita juga yang telah memotong larianku. Tapi seperti biasa, ku anggapkan ianya biasa sahaja. Yelah, bila berlari ni, kita bertarung dengan diri sendiri dan bukannya orang lain. Tak kupedulikan sesiapa yang memotongku. Ada 2 checkpoint untuk minum air dan kurasakan 6 cawan kecil air Revive tu ku balun.
OOO ye, larian bermula kira-kira jam 7.30 pagi dan aku tiba di lokasi kira-kira jam 8.50 pagi. Kiranya aku mengambil masa sekitar 1 jam 20 minit untuk tiba ke garisan penamat. Malang menimpa bila ku buka handphone yang ku letakkan di pouch arm. Ia terhenti pada masa 0.00 saat. Pergh!! Penatnya rasa ketika itu tapi tak mengapa, aku akan menunggu masa rasmi yang dikeluarkan oleh pihak penganjur nanti. Cuma yang tak best, tiadalah rekod dalam Runkeeper ku ini.

Ada beberapa perkara yang aku ingin kongsikan dengan korang. Antaranya ialah :-

1) Aku melakukan kesilapan apabila melakukan henjutan terlalu awal. Ia mengakibatkan aku terasa penat di awal larian. Aku juga tiada melakukan sebarang stretching sekaligus merugikan sikit masa di awal. Ini mungkin juga sebab sampai lambat (lebih kurang 7.20 pagi) menyebabkan tidak cukup bersedia.

2) Program ini amat bagus dan ramai yang sertainya. Kalau tengokkan ketika aku berlari, banyak budak askar yang berlari juga. Dan ada juga yang berada di belakangku. Kira tak teruk sangat le aku ni. Hehehehe

3) Pouching arm amat tidak sesuai. Untuk larian seterusnya aku akan pakai pouch bag dan kena pastikan betul-betul Runkeeper berjalan sebelum larian.

4) Aku juga tak dapat ambil gambar sebab geng-geng masuk acara 5kilometer dan diorang sampai awal. Aku tak dapat nak contact diorang sebab sorang je yang bawa handphone ketika larian. Yang bawa tu pun tak dapat signal.

Terpaksa ambil gambar sendiri sebab tak jumpa kawan
Terpaksa ambil gambar sendiri sebab tak jumpa kawan

5) Training dan tidur yang tidak mencukupi. Memang tak cukup training kalau diikutkan dan tidur walaupun awal asyik terganggu dan terjaga je. Makan pun tak dijaga dalam seminggu ni. Mungkin ia ada sikit effect pada diri ni

Yang pastinya aku perlu banyak lagi latihan untuk menguasai acara 10 kilometer ini. Mungkin kalau dianjurkan lagi pada tahun depan aku akan sertai semula dengan lebih yakin. OOO ye, medal yang diberi pun agak baik.

Dapat juga bergambar tapi kat kenderaan la. Bolehlah dari takde
Dapat juga bergambar tapi kat kenderaan la. Bolehlah dari takde

Selain dari acara larian, ada acara berbasikal dimana Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin ada menyertai basikal 30 kilometer. Memang gempak juga Menteri Belia dan Sukan kali ini yang cukup fit.

Okay, cukuplah. Entri kali ini memang fokus kat Fit Malaysia Melaka ni je. Aku pun dah ngantuk ni . Nak kena tidur dulu. Selamat berjuang semua.

 

Result Terkini larian Fit Malaysia

Result FIt Malaysia
Result FIt Malaysia. Dapat tempat ke 310 dari 586 peserta. Kira oklah tu. Tunggu 24 April pula. Ntah nombor berapa pula dapat.

6 Replies to “Sertai Larian #FitMelaka”

Leave a Reply to Noriza Rahman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.