Kembali lagi selepas berehat seminggu. Eh bukan berehat tapi memang blog ini adalah cerita pasal seminggu kehidupanku. Yelah, aku bukan cam Ben Ashari yang tetiap hari ada je cerita jadi blog ni aku cerita secara minggunan je la. Korang yang baca ni pun memang sabar le juga orangnya.  Okay, mulakan dengan tajuk pertama mengenai kisah acara larian.

Minggu ni aku berjaya juga menamatkan larian 12 kilometer dalam larian Melaka Heritage City – Half Marathon. Ini merupakan larian yang paling jauh aku pernah sertai. Sebelum itu, aku telah mengadakan beberapa latihan larian lebih 10 kilometer bermula pada bulan Februari yang lalu. Memang penting untuk mendapatkan rhythm larian jarak sebegini sebelum aksi sebenar. Tapi secara jujurnya, latihan ku tidak mencukupi sebab banyak saja halangan untuk ku melakukan latihan. Tapi  takpelah, redah juga acara 12 kilometer ni. Acara larian tersebut berlangsung pada 24 April 2016 pada hari Ahad lalu.
Aku gerak dari rumah seawal 5.00 pagi. Singgah sebentar di Masjid Al-alami MITc untuk menunaikan solat subuh. Kalau ikutkan jadual, program larianku bermula pada jam 6.30 jadi waktu subuh yang awal (pukul 5.45 ) maka aku dapat menunaikannya.
Aku berbekalkan sedikit roti dan air milo dari rumah dan sesampainya aku di lokasi larian dalam jam kira-kira 6.25 pagi. Sesampainya aku di sana, aku menyegerakan diri ke tandas bergerak. Nasib baik tak ramai orang. Tapi selang beberapa minit pelepasan pun berlaku.
Aku bermula agak terbelakang. Lebih kurang 20 orang berada di belakang ku. Kiranya memang bermula di kawasan yang belakang lah juga tu.
Aku memulakan larian dengan kadar yang sederhana. Tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. Keadaan masih gelap dan sedikit gusar kerana ‘marshall’ tidak berapa nak nampak sangat. Aku cuba melangkah sedikit pantas namun sudah mula terasa sakit di kakiku.
Dalam langkah kilometer ke 3 ada lokasi untuk mendapatkan air. Macam biasa, 2 cawan ku sauk segera untuk melepaskan sedikit haus di dalam badan.

Perjalananan 12.45 kilometer (berdasarkan Runkeeper) ku mengambil masa 1 jam 36 minit 57 saat dimana anggaran kelajuan adalah 7:47 minit/sekilometer. Memang ada beberapa perkara yang aku komplen pada acara larian hari ini iaitu :-

1) water station no 2 tiada org jaga ( lebuh spa ) .. dah tu botol 1 liter besau gabak.. jadi keje pula nak membuka dan menonggang air tu….

Air botol Revive di Water Station no 2. Ditinggalkan begitu saja
Air botol Revive di Water Station no 2. Ditinggalkan begitu saja

2) 12km lepas serentak lelaki,perempuan,etc.. agak crowded..
3) ada simpang2 bahaya tiada org jaga.. amat merbahaya..
4) tiada guide .. ada beberapa kali peserta menyeberang dlm keadaan tidak sepatut.. kereta di lebuhraya laju2 tu..
5) upacara bagi hadiah cam x menarik je.. peserta lain (termasuk saya,) tak teruja nak tgk..
6) tak nampak photographer masa dlm perjalanan..cuma seorang time nak finish.. biasa mana2 event byk je photographern.
7) Tiada para medik standby di lokasi-lokasi tertentu.
8) Yang jaga jalan cuma amoi-amoi atau lelaki yang umur kira belasan tahun. Ada je pengguna jalanraya yang tak nak ikut arahan mereka ni.

Berlari seorang diri terpaksa ambil gambar selfie sendiri.
Berlari seorang diri terpaksa ambil gambar selfie sendiri.

Memang kalau tengok dalam facebook Melaka Heritage City -Half Marathon 2016, memang teruk lah organizer kena kondem.Nasiblah kalau buat event besar camni tapi tak bersedia terutama dari segi keselamatan peserta. Memang kena tembaklah. Dulu aku pernah juga bercita-cita nak buat event lari ni tapi bila tengok kebanyakan organizer out, memang tak le ..

 

Petang Ahad, aku bersama isteri juga merayau-rayau di Jasin Bistari untuk melihat rumah. Sebenarnya aku tak mampu nak beli rumah lagi tapi mungkin isteri berminat. Tapi kalau aku mampu, rasanya mungkin aku akan cuba untuk mencari rumah yang boleh generate income kedua. Almaklumlah aku belum lagi menggunakan pinjaman Perumahan dari Bahagian Perumahan (yang telah bertukar Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam) . Tapi berdasarkan calculation perbelanjaan, nampaknya masih belum bersedia lagi. Insha allah lepas ni, kalau ada kenaikan gaji dan juga dapat melangsaikan pinjaman kereta, mungkin aku mampu rasanya.
Mungkin boleh tengok AuctionList kalau nak cari rumah yang bawah harga sebenar.Dan rumah tu boleh buat samada Homestay atau rumah sewa yang boleh menjana pendapatan pasif. Tapi kalau korang nak beli rumah Lelong, aku cadangkan baca ebook Rahsia Rumah Lelong dulu.
Bagi yang ada rumah dan disewakan tu, jangan lupa isi maklum balas sistem sewa ni. Insha allah akan dilaksanakan segera.

Hari ni juga aku telah berbincang dengan rakan team sistemku untuk memulakan langkah pertama. Pembangunan sistem akan dilakukan dalam beberapa ketika. Insha allah aku sebagai perancang kena mencari idea terbaik untuk memastikan berjaya melaksanakan sistem ini. Kepada sesiapa yang ada menyewakan rumah masing-masing aku mohon jasa baik tinggalkan komen di bawah ni. Aku mungkin akan berhubung dengan anda untuk mendapatkan feedback yang lebih lagi.

Menjadi seorang ketua? Selain dari jadi ketua unit, aku juga BAKAL menjadi ketua bagi projek sistem ini. Memang agak mencabar dan sedikit GERUN tapi aku kena ambil semua tu sebagai cabaran. Aku kena pastikan projek ini mampu mengeluarkan aku dari KEPOMPONG yang sama kuhadapi ketika ini. Inshallah.
OO ye, aku juga dah terima surat dari PTPTN yang mengesahkan hutang PTPTN ku dah selesai. Ada juga kawan-kawan mengusik supaya mengangkat kereta baru tapi tidak bagiku. Rasanya menukar kereta belum keperluan yang amat penting padaku. Rasanya pelaburan lain yang perlu ku gerakkan untuk masa hadapan.

Selain tu, aku juga menerima medical card Takaful Ikhlas  anakku, Muhamad Fatih. Alhamdulillah, ini yang lebih penting berbanding menukar kereta sebab masa hadapan dan perbelanjaan untuk kesihatan anakku perlu diinsuranskan. Mana tau masa akan datang tapi harap-harap anakku sihat sentiasa. AMIN.

medical-card

Okay, cukuplah tu. Penat juga aku nak menaip artikel seminggu sekali ini. Apapun semoga korang yang membaca blog ini akan sentiasa setia dan sihat selamanya. AMIN.

5 Replies to “Sertai Larian Melaka Heritage City – Half Marathon , Tengok Rumah di Jasin Bistari, Perbincangan Sistem”

  1. aktiviti menyihatkan tp penganjur kene lebih memperbaiki aktivit anjuran mereka. Org perempuan mmg suka cuci mata mana tahu ada rezeki rumah baru 😉

  2. melaka germa kalau dengar baca perkataan posting melaka smapai pernah dapat undangan dari sms dan email untuk turun melaka.

    alahai bestnya dapat jumpa blogger melaka sebab kita asal melakau haaa..

    olahraga best kesukaan saya sejak bangku sekolah lagi..

Leave a Reply to suri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.