Minggu ini cabaran yang agak memenatkan. Awal minggu lepas masuk kerja ada masalah dari segi teknikal VPS yang menyebabkan sistem tak berjalan lancar.
Pasti gangguan ini menganggu sedikit sebanyak emosi dalam diri ini. Apatah lagi ianya melibatkan kerja di opis. Memang terganggu juga kehidupan seharian.
Menurut pembekal, ianya berpunca dari DDos yang menyerang network mereka. Apa tu DDos? Rasanya malas kot aku nak cerita hal teknikal kat sini.

Selain dari itu, minggu ini aku berhadapan masalah kunci kereta. Cip alarm dia hilang entah kemanantah. Nasib baik MyVi aku tak menjerit kalau tak pakai alarm.
Tapi nak kena buat juga tu. Memang sakit la nak kena buat bajet untuk bulan depan ni. Bulan depan nak betulkan motosikal dan roadtax moto dulu. Mungkin bulan Ogos baru boleh tengok-tengok kereta ni dari segi alarm dan juga aircond.
Kalau ikutkan bajet kena sediakan kurang-kurang RM500 untuk kereta tu. Inilah sebab ALPA dalam maintenance kereta. Bagi korang semua, aku sarankan dapatkan ebook TipsKereta awal-awal. Macam kerete aku dah macam-macam , tu yang bermacam-macam kena tu.Huhuhu

Selain dari itu, minggu ni juga aku TERKENA . Tengah layan-layan dak Fatih, aku tertidur di Sofa. Sedar pagi Sabtu cari-cari mata keduaku. Sekali tengok kat bawah dah patah bingkai dan kaca pun hilang kemana.
Takpe lah, kali terakhir aku ganti Spek Mata ni pada November 2015(bagus ada blog ni, aku boleh refer bila aku beli spek mata kali terakhir).
Alhamdulillah, kalau 2 tahun lepas aku pergi beli di Axis Eye Wear, untuk tahun ini aku cuba di tempat lain di Reich Eye Vision Sdn Bhd. Oo ye, 2 tahun lepas aku tak tulis berapa power mata jadi untuk kali ni aku tulis iaitu sebelah kanan : 250 dan sebelah kiri : 275. Memang tinggi juga power mata ku ni.

kaca mata
Kaca mata baru yang dibeli sebab patah

Nak kena banyak minum/makan lobak ni.Oo, dalam entri tu aku kononnya nak berhati-hati tapi tak juga sampai hanya bertahan 2 tahun je. Harga RM158 termasuk kaca sekali. Kalau ikutkan ada kaca mata yang tahan silau tapi kena tunggu order. Memandangkan rabun jauhku agak tinggi maka aku tak sanggup nak tunggu.
Dia dapat siapkan dalam tempoh kurang 30 minit dan akhirnya aku kembali memakai kaca mata selepas kurang 8 jam . Terbanglah duit luar jangka tu. Takpelah,bukan rezeki ku .

Sebenarnya petang tu juga aku nak ikut menghantar ibubapa ke Kursus Perdana Haji di Masjid MITC. Jadi sebab tu aku nak cepat dapat spek mata tu.Aku bersama abang menghantar ibubapa untuk kursus Perdana bagi mereka yang menunaikan haji tahun ini. Alhamdulillah ibubapa akan ke Mekah pada tahun ini. Belum dapat tarikh sebenar tapi telah disahkan oleh Tabung Haji.
Ramai juga yang datang untuk persiapan terakhir ke Haji pada bulan hadapan. Lepas selesai menunggu seketika pergi mencari barang bayi untuk anak buahku. Kena pow dengan Dak Fatih bola pula. Heheheh.
Lepas tu terus menuju ke Coconut Shake Batu Berendam. Ramai orang pada hari tersebut dan kami masuk ke dalam kedai. Yang menariknya bila aku terpandang satu artikel mengenai pemilik Coconut Shake Batu Berendam.
Pemiliknya baru sahaja berumur 29 tahun. Ini cukup mengkagumkan aku sebab Coconut Shake Batu Berendam ini memang cukup famous dan ramai pelanggan. Melalui sisipan suratkhabar yang ditampal di dinding , pemilik tersebut membuka Coconut Shake seawal umur 13 tahun.
Umur yang terlalu muda untuk berniaga padaku. Kalau ikutkan aku masa 13 tahun paling lebih pun meniaga rambutan. Itu pun jarang laku. Huhuhuhu

coconut shake batu berendam
Gambar Lama Coconut Shake Batu Berendam yang cukup popular di Melaka

Selain itu, aku kagum juga dengan Coconut Shake Batu Berendam ini sebab dia berkongsi dengan peniaga lain. Bukan setakat dia sapu semua pelanggan tapi yang lain pun dapat tempias.

Hari Ahad pula aku ikut isteri beraya bersama kawan sepejabat dia. Banyak cerita keluar antaranya pasal rumah yang dibeli tapi tak sempurna. Aku tak berani mencelah sebab ada ditimbulkan masalah politik dan sebagainya. Tapi pada aku kalau nak beli rumah kena ada ILMU. Bukan sekadar ILMU mengenai struktur rumah sahaja tapi kena juga tahu tentang pemaju-pemaju yang berkualiti.
Kalau takut rumah baru tak capai spesifikasi, beli je Rumah Lelong yang dah gerenti korang boleh tau kondisinya. Nak tau cara beli Rumah Lelong, cuba dapatkan panduan ni.
Selain cerita hal rumah, ada cerita juga pasal Grab Car sebab ada suami kawan isteri yang join ni sebagai Driver. AKu bukan tertarik nak jadi driver sebab aku tak minat bawa kereta untuk orang ni. Cuma minat nak dengo flow camne diorang buat Grab ni. Menarik juga bila dengar camne diorang jana pendapatan guna Grab ni.


Terus je aku daftar Grab dan mungkin nak cuba guna di kemudian hari. Kan best, kalau dapat invest kat Grab masa awal-awal dulu. Dengornya company ni dah bernilai berbillion US dollar tu. Pergh, memang gempak je.

Okay, cukuplah sedikit cerita di minggu ini. Rasa panjang juga artikel hari ini. Entah korang dapat baca sampai habis ke atau terus keluar tak tau le. Apapun terima kasih kerana membaca blog yang tak seberapa ni.

p/s- Nak tanya ada tak dari korang masih gunakan Nuffnang sebagai salah satu income online? Masih bernyawa ke company ni? Sebab iklan kat blog ligakampung dah makin susut je.

10 Replies to “Ganti Kaca Mata , Hantar Ibubapa ke Kursus Perdana Haji di Masjid MITC”

  1. Haha. Saya baca je dari awal sampai habis :). Bab spek ni memang duit terpaksa melayang bila tetiba terpatah. Bukan murah, kan. Pastu kete plak, ni plak mmg kena standby duit simpanan untuk yearly road tax. Kalau tak, merana duit. hehehe. Coconut shake tu mengagumkan. Takpe la dik, rezeki kat situ. One day saya pon nak cuba jugak. And lastly tahniah kepada parents terpilih menunaikan Haji tahun ni. Smoga mendapat haji mabrur.

  2. Saya juga bercermin mata. Setakat ini alhamdulillah, power cermin mata masih kekal. Setiap kali tukar cermin mata baru, tidak perlu periksa mata, cuma ikut power cermin mata lama.

Leave a Reply to zool Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.