Pada hari Khamis lalu aku ambil cuti. Bukan cuti saja suka-suka tapi ada appoinment si Fatih dengan speech therapy. Fatih dah berusia 2 tahun 5 bulan tapi belum pandai cakap sambung 3 patah perkataan.
Walaupun bukanlah kritikal padaku tapi memadangkan ianya saranan doktor maka kami pun ikut pada tarikh yang ditetapkan. Sebelum menuju ke Hospital aku singgah dulu ke opis sebab nak siapkan laptop. Almaklumlah orang kananku masuk wad dan urusetia memang tak reti dan malas nak belajar maka terpaksalah aku sediakan.
Pukul 8.30 aku gerak dari pejabat menuju ke Hospital Melaka. Macam biasa, hospital Melaka ni susah nak dapat parking. Walaupun ada parking bertingkat tapi tak cukup juga. Sampai banyak je kereta parking tepi jalan. Aku naik je parking bertingkat walaupun di tingkat atas sekali dan tak berbumbung. Takpelah, nasib baik ada lif dan aku parking sebelah je.
Sampai di bahagian Pediatrik, daftar si Fatih. Sekali nurse minta surat beranak tapi tak bawa pula. Nasib baik dia terima juga MyKid. Takpelah, janji dah bawa sekali surat temujanji tu kan. Fatih pun ditimbang dimana beratnya adalah 11.7 kilogram manakala tingginya adalah 88cm.Tak terlalu berat dan tak terlalu tinggi. Kira sedang-sedang.
Sempat juga dak Fatih bermain-main di kawasan permainan berhampiran. Siap ada sekali dia main pukul-pukul dengan budak yang tak dikenali. Nasib baik tak terlalu ganas. Takut juga kalau dia melakukan ‘Rock Bottom’ ke atas budak tu. Hahhahaha (tipu je).

Sempat Fatih bermain-main sampai berpeluh kat taman mainan dekat Klinik Pediatrik , Hospital Melaka

Dari 9.30 pagi dan hanya jam 11.00 pagi giliran Fatih untuk mendapatkan panduan pakar. Aku tak ingat nama Doktor tu. Tapi rasanya berbangsa India. Fatih tak banyak berinteraksi dengan doktor tu tapi lebih kepada main je kiub yang diberi. Ada la sekali tu dia membalas bercakap (dalam bahasa dia).
Walaupun Fatih mungkin normal tapi doktor memberikan beberapa panduan. Selain itu, kena buat appoinment dengan klinik untuk audio dan visual. Harap-harap Fatih adalah anak yang normal hendaknya. Cuma memang hospital kerajaan ni susah nak dapat appointment. Kitorang dapat appoinment bulan 1 tahun depan. Bayangkan lagi 3 bulan baru boleh buat tu.
Nak buat camne. Apapun doakanlah supaya Fatih membesar sebagai anak yang sihat dan normal. Untuk menjadi anak yang soleh untuk keluarga, bangsa dan negara. Amin.

Lepas habis je, ingatkan nak pergi melawat kawanku yang minggu lalu masuk wad di Hospital Oriental, Klebang, Melaka tapi tak jadi sebab pergi ke Jaya Jusco Ayer Keroh, Melaka. Apa lagi nak membeli belah untuk Fatih le. Maklumlah sebelum ni asyik kena sound je ngan nenek sebab baju dia kecik dan ketat. Kenalah belikan sikit baju dia.
Bukan senang nak pergi membeli belah apatah lagi dengan keletah si Fatih yang cukup aktif. Lari sana lari sini. Aku pula nampak tempat main video games dan bawa dia ke sana. Habis satu tempat yang ada bola di pindah-pindahkan. Hahahah. Nasib le tokei game tu.

Makan kat Medan Selera Jaya Jusco, Ayer Keroh, Melaka

Disebabkan duit aku agak kurang pada bulan ini maka isteriku lah yang belanja baju Fatih. Harap-harap pelaburan aku menjadi dalam tempoh 2-3 bulan ni. Pelaburan apa? Tak boleh cerita dulu. Sebab belum nampak sinarnya lagi.

Okay cukuplah setakat ini. Terima kasih kerana membaca. Oo ye, korang kalau ada pengalaman mengenai anak lambat bercakap bolehlah kongsikan sikit ye.

4 Replies to “Hantar Anak Ke Hospital Pediatrik Melaka”

  1. Kata orang, anak yang lambat bercakap akan menjadi anak yang pendiam sedikit. Macam sayalah. Kalau doktor beritahu peti suaranya ok, OKlah tu…ibubapa hanya perlu bersabar. Hanya perlu bercakap normal dan bahasa penuh dengan anak. Jangan ajuk cakap anak yang ‘belum sempurna’ tu.

  2. Semoga Fatih sihat selalu. Rasanya kalau duduk dekat dengan sepupunya yang rancak berbual insya-Allah dia pun akan cepat bercakap. Beri dia berkawan dengan sepupu yang suka berbual. Kadang-kadang bila banyak sangat mulut, kita pun tak terlayan dek kepenatan.

Leave a Reply to Gum Arabic Al-Manna Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.