Assalamualaikum semua..

Lama tak bersuara di blog. Minggu lepas satu lagi pengalaman baru bagi diriku. Pertama kali tubuh badanku ini menjejak kaki ke Bumi di Bawah Bayu, Sabah. Jika tiga tahun lalu aku ke Sarawak sebagai delegasi SUKMA tapi kali ini atas kapasiti lawatan kerja.
Melawat ke Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah untuk mempelajari kaedah yang digunakan di sana. Kami memulakan perjalanan dari KLIA2 menaiki pesawat dari Malindo Air kira-kira jam 7.15 pagi.Memang agak letih sebab aku tak mampu nak tidur di lantai KLIA2. Tengok kawan-kawan sedap je. Ada siap berdengkur tapi aku tak leh.
Badan dah sezen nak terbaring kat tempat gitu dah tak berapa selesa. Jadi mengharapkan agar dapat tidur di dalam kapal terbang. Alhamdulillah menaiki kapal terbang pada waktu yang ditetapkan. Sampai di Lapangan Terbang Kota Kinabalu kira-kira jam 10.00 pagi. Disambut oleh Tourist Guide yang telah menunggu kami bernama Herman. Lepak-lepak melihat Kota Kinabalu sambil diberikan info mengenai Kota Kinabalu.
Antaranya ialah :-

1) Bandar Kota Kinabalu adalah tanah tambak. Hampir separuh tanah bandar itu adalah dari tanah tambak.
2) Penduduk Sabah adalah sekitar 3 juta dimana hampir setengah darinya bukan penduduk tempatan. Menurut Herman, satu kajian dilakukan oleh Professor tempatan mendapati terdapat setengah penduduk adalah dari luar.
3) Pasar Filipina dikuasai oleh bukan penduduk tempatan.
4) Nama asal Kota Kinabalu adalah APi-api atau Jesselton.
5) Nama Kota Kinabalu berasala daripada nama Aki Nabalu iaitu ‘datuk’ dan ‘Nabalu’ nama gunung dalam bahasa Dusun.
6) Terdapat kira-kira 30 kaum di Sabah tetapi bertambah 90 termasuk orang luar.

Lepas makan di sebuah restoran Seafood kami terus ke pejabat Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah. Sebelum itu kami sempat singgah bergambar di banggunan Yayasan Sabah. Sebuah banggunan yang unik kerana ia berbentuk silinder dan tergantung. Senibina yang cukup menarik dihasilkan oleh arkitek tersebut. Bagi anda yang pergi ke Kota Kinabalu mesti cari banggunan ni.
Sampai di pejabat LPPB kami diberikan taklimat mengenai organisasi mereka. Secara jujur agak terkebelakang nampaknya LPPB berbanding organisasiku. Tapi takpe ada juga yang boleh dikongsi bersama. Selepas habis taklimat kami akan ke Ranau untuk bermalam di sana. Mencari pengalaman bermalam di kawasan pergunungan yang menghadap Kota Kinabalu. Memang menarik dan agak sejuk disitu.
Rasanya lebih sejuk dari di Cameroon Highland.

Esok paginya melawat di kawasan sekitar tu. Melihat kawasan perladangan lembu walaupun lembunya tak berapa nak friendly. Lepas ke ladang lembu singgah sebentar ke kawasan air panas Poring untuk merasai pengalaman menaiki jambatan gantung. Menarik juga menaiki jambatan gantung tu cuma ada sikit pening lepas nak balik tu.
Kalau ikutkan ada kawasan air terjun tapi kami tak pergi sebab tak sempat. Nak kena cepat sebab petang nak turun ke Kota Kinabalu.
Oo ye, makan di gerai berdekatan dan memang best. Kali ni dapat merasa masakan kampung yang best. Ada asam pedas ikan Patin tapi gaya berbeza dari asam pedas Melaka. Syok juga merasai makanan orang kampung ni.
Hampir lupa, sebelum ke Kolam Air Panas tu sempat pergi layan ikan yang teramat jinak. Ada ikan koi, kelah dan banyak ikan yang terkejar-kejar bila kami memberikan makan. Cuma aku sikit frust, ingatkan spa ikan yang gigit-gigit kaki tu..
Petang tu kembali menuju ke bandar Kota Kinabalu untuk makan malam yang dianjurkan oleh LPPB di Restoran Kampung Nelayan. Sebelum tu kami singgah dulu di Pekan Nabalu. Kat situ sempat beli sikit cenderahati dan juga terjumpa sulur nanas. Belilah sikit untuk jadi tanaman di rumah nanti.
Sampai ke Kota Kinabalu terus ke Restoran Kampung Nelayan tu. Dihidangkan dengan makan ala-ala Chinese. Banyak seafood dan ada ayam. Memang jahanam diet aku. Termakan juga beberapa ekor udang walaupun cuba menahan nafsu.
Selain itu ada juga persembahan kebudayaan yang ditunjukkan di situ.

Selesai kami bermalam di salah satu hotel di Kota Kinabalu. Tak payah bagitau kot sebab nampak banyak star kot. Esoknya kami melawat PPR LPPB Taman Puri Warisan. Tengok kawasan PPR tak banyak berbeza dengan PPR di Melaka. Cuma ada Persatuan yang aktif bagi PPR tersebut.
Banyak juga ilmu yang dikutip kat situ terutama pengurusan pembayaran di sana. Selesai je program tu kami meneruskan aksi ke Pulau Sapi dan Pulau Manukan. Macam biasa, mandi manda dan kali ini siap sekali snorkeling. Aku tak dapat nak pergi jauh sebab belum ada keberanian untuk berenang jauh ke tengah.
Pergilah snorkeling di kawasan berdekatan yang aku yakin. Kawan-kawan jauh ke tengah tapi aku hanya mampu di pesisiran pantai sahaja. Takpelah. tak boleh nak paksa nanti lain jadinya.

Petang sikit pergilah ke Pasar Filipina untuk membeli sedikit buah tangan untuk dibawa kesana.Esoknya iaitu pada hari Ahad kami pulang menaiki pesawat pada jam 1.40 petang dan tiba ke KLIA2 kira-kira 4.30 petang. Niat dihati nak jumpa kawan yang kerja di KLIA tapi tak dibalas whatsappnya. Takpelah. Tiada rezeki untuk bertemu..
Okay ini serba sedikit pengalaman ke Sabah. Mungkin lepas ni boleh pergi bersama keluarga pula.

Sedikit gambar kenangan

Gambar ketika Snorkeling
Bergambar di Jeti Pulau Manukan
Ketika di PPR Taman Puri Warisan
Bergambar berlatarbelakang puncak gunung Kota Kinabalu. Agak-agak boleh tak hiking ni?
Penerangan antara orang teknikal. Orang komputer pandang-pandang je la.
Bergambar di pentas Restoran Kampung Nelayan
Makan di Restoran kampung Nelayan
Layan ikan di Kampung Bombon Marakau. Rasa nak buat ni kat kampung je. Agak-agak boleh tak?
Jalan kat jambatan gantung ni
Lembu tak friendly.. Jauh je mereka ragut rumput..
Bukan tengah berfikir. Tapi dah ngantuk tahap maharaja. Siap tertidur kejap tu.
Bergambar di Bangunan Yayasan. Nampak agak melebar sikit perutku tu.

2 Replies to “Lawatan Kerja ke Sabah”

Leave a Reply to AhmadiKatu Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.