Bersempena cuti Hari Krismas lalu aku mengambil peluang menambah 2 hari  cuti. Untuk menyelesaikan beberapa hal-hal yang berkaitan dengan kewangan dan juga selesaikan beberapa perkara tertunggak.

Hari Selasa pagi selepas menghantar anak ke rumah pengasuh aku dan isteri terus menuju ke pejabat Great Eastern Melaka di Plaza Mahkota, Melaka. Tujuan utama pergi ke sana adalah untuk membatalkan polisi insurans berkelompok isteriku. Insurans berkelompok melalui CEUPACS tu. Jangan tanya kenapa batalkan sebab perlu kurahsiakan. Selain itu, aku juga berkesempatan untuk bertanyakan hal mengenai polisi takaful yang juga melalui Great Eastern Takaful. Aku bertanyakan sedikit mengenai polisiku.

great-eastern-takaful

Almaklumlah, dulu tak ambil tahu sangat. Tahu masuk, sign dan bayar tetiap bulan je. Sekarang ni ada sikit kesedaran jadi kena ambil tahu sikit. Aku juga bercadang untuk mengeluarkan sikit dari simpanan bagi membayar secara tahunan tapi malang bila dana masih belum mencukupi. Kalau nak keluarkan duit, dalam dana perlu ada sekurang-kurangnya RM6,000 dimana RM5,000 perlu ada dan minimum pengeluaran adalah RM1,000. Menurut kakitangan tersebut, dana tersimpan baru je RM2,435.00. Aku yang tak ingat bila daftar baru perasan yang aku bermula menyimpan sejak April 2012. Ini bermakna telah 5 tahun aku memasuki takaful Great Eastern Takaful ni. Alhamdulillah buat masa ini belum ada kena masuk wad atau kemalangan lagi. Tapi inshallah kalau terkena penyakit yang termasuk dalam polisi bolehlah mengurangkan beban kewangan kalau kena masuk wad. Lagipun aku ada Medical Card yang boleh digunakan di hospital swasta dimana di Melaka Hospital Pantai dan Mahkota Medical Centre. Agak pelik kenapa Hospital Putra tak menerima Medical Card Great Eastern ni. Tapi takpelah. Yang penting ia akan digunakan untuk kecemasan. Aku taknak cerita pasal kepentingan insurans/takaful ni. Mungkin ada antara korang yang tak bersetuju dengan insurans/takaful ni. Terpulanglah pada masing-masing kan..

Selepas itu, aku menuju ke Celcom Service Centre Melaka. Untuk akaun broadband isteri aku yang telah ditamatkan secara online. Nak semak balik samada telah selesai atau tidak. Alhamdulillah di sana, ianya telah disahkan dan tiada tunggakan. Selesai dan dapat aku mengurangkan bajet perbelanjaan. Kalau ikutkan, belanja Celcom broadband setiap bulan kira-kira RM80 sebulan.Dapat pun cuma 4GB data je sebulan (pakej lama). Selepas aku upgrade pakej data Mobile Digi ku dari 3GB ke  20 GB bulanan maka aku rasakan ianya mencukupi bagi kegunaan bulananku. Jadi aku bergantung sepenuhnya untuk kegunaan internet pada data mobile sahaja.

Selepas itu, aku menuju ke Bank Muamalat Semabok Melaka.  Disini aku agak kecewa sebab tak dapat jumpa ‘person in charge’ berkenaan pinjaman perumahan. Dapat jumpa kakitangan tapi tak dapat membantu sangat. Kalau ikutkan aku nak buat reschedule bayaran pinjaman sebab nak cepatkan bayaran tapi tak dapat dibantu. Aku juga bercadang nak buat ‘refinance’ nanti untuk cepatkan langsai pinjaman serta dapatkan tunai untuk beli rumah kedua untuk ‘investment’ nanti. Inshallah, doa-doakan aku ye. Kalau aku berjaya, mungkin boleh kongsi kat korang semua nanti. Walaupun aku tak dapat info sangat, dapat juga aku tahu baki hutang ku kalau bayar sehingga 15 November 2037 iaitu berjumlah RM174,288.65. Tapi sekiranya nak buat penyelesaian penuh, anggaran sekitar RM71K (anggaran sahaja tak dapat diketahui jumlah sebenar sebab dapat info dari telefon).

Habis je pergi ke Bank Muamalat, singgah ke Jakel Melaka. Nak beli kain untuk buat baju raya isteri dan anak. Aku tak payah sebab dah ada baju Melayu. Nak tau warna ? Korang tengok entri Maulidul Rasul ni. Hahahha. Untungkan? Dapat baju Free dan boleh jadikan tema tahun ni. Tahun ni harap-harap si Fatih tak merengeklah macam raya tahun lepas.

Selesai hari pertama dan pada hari Rabu aku pergi ke Klinik Pergigian untuk anak kesayanganku itu. Gigi dia ada sikit karies dan doktor gigi memberikan flurida padanya. Memang gigi dia nampak karies. Susah nak gosok tu. Memang terjerit-jerit le kalau nak menggosokkan giginya. Memang mencabar lah juga.

Ooo ye, hari cuti ni juga menampakkan yang aku perlu mengambil keputusan untuk menggantikan laptop lamaku ini. Laptop yang MUNGKIN (aku pakai dah dekat 3 tahun.beli pun second) dah berusia 5 tahun itu. Anakku mengetuk monitor dan pecah seribu. Nak tukar LCD pun katanya dalam RM300. Maka mungkin aku akan angkat satu laptop second juga yang mungkin usia 1-2 tahun. Bukan apa, kalau takde laptop sukar lah aku nak update blog ni. Kesian pula kat korang yang rajin membaca kisah-kisah aku ni kan. Hehehehe. Ni pun nasib baik Excell Bajet dan Perbelanjaan aku ada simpan dalam OneDrive. Jadi bolehlah update sebarang perbelanjaan kat situ. Tapi susah juga takde laptop nanti.

Laptop yang banyak berjasa namun mungkin sudah sampai masanya.
Laptop yang banyak berjasa namun mungkin sudah sampai masanya.

Ooo ye, aku sekarang ni nak selesaikan masalah kiub Rubik Pokemon ni. Dah penat aku cuba tiru dari Youtube tapi tak menjadi juga. Korang ada idea? Kalau aku pandai, boleh buat tutorial ni..

rubix-pokemon
Berpinau-pinau nak setelkan kiub Rubik Pokemon ni

 

7 Replies to “Cuti untuk menguruskan kewangan, Laptop perlu ditukar”

    1. Saya dulu belajar insurans dan kerja pun di syarikat insuran bahagian tuntutan.Kena kebal dan selamba kena marah dan marah orang balik kat bahagian tu he he. Sekarang takaful dah banyak.Rezeki ada di mana mana.

  1. laptop saya acer, 10 tahun dulu beli dekat 5000 harga…. now still boleh pakai, cuma ngok ngek sikit kadang2 hehe.. skang ni kalau laptop harga 5000, maybe salut core i7, 500ssd, 16GB Ram dengan graphic card, berat 1kilo hehe

Leave a Reply to imnajmi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.