Agak lama juga tak menulis mengenai acara atau latihan larian. Almaklumlah, sibuk sehingga tak dapat berlari samada secara latihan mahupun dalam acara-acara.
Untuk minggu ini aku menyertai acara Larian ‘Colour Run Ayer Molek 2 ‘ sempena Karnival Sehati Sejiwa DUN Ayer Molek, Melaka. Bagi sesiapa yang rajin follow blog ini mungkin pernah perasan entri mengenai COlor Run Ayer Molek pada bulan Mei lalu.
Memang ini yang ku tunggu-tunggu tapi yang tak menariknya, persediaan aku kali ini agak kurang. Hanya 2 minggu lepas sahaja aku buat sikit larian di Taman Botanikal. Jadi apa kesudahannya? Aku kongsikan sikit..

Aku tiba di lokasi JAPERUN Ayer Molek kira-kira jam 7.00 pagi (ikutkan jadual daftar jam 7.00-7.30 pagi). Sampainya disana dah ada kira-kira lebih 50 orang telah bersedia.
Sememangnya aku menjangkakan ada pelari-pelari bertaraf atlet yang akan mencuba nasib. Walaupun hadiah tidaklah tinggi tapi RM500 dengan berbekalkan RM40 memang menjadi buruan sesetengah peserta.
Aku, memang mustahil untuk mendapatkan sebarang hadiah hatta veteran sekali pun . Cuma aku masuk acara ini semata-mata untuk mencabar kemampuan diri.

Kira-kira jam 7.15 pagi 2 orang rakanku dari #teampuncheat telah tiba. Borak-borak kosong dan acara dimulakan dengan acara senamrobik. Macam biasa juga, aku jarang mengikut aktiviti ini. Lebih kepada sesi pemanas badan untuk diri sendiri. Kurang berminat untuk mengikuti gerak tari senamrobik ni walaupun banyak kelebihan sebenarnya.
Selepas selesai senamrobik kira-kira 20 minit, acara perasmian dimulakan dengan ucapan bersemangat oleh Ketua UMNO Bukit Katil, Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam yang juga bekas boss lamaku. Kalau pada Color Run sesi pertama beliau join dan menamatkan larian 7.55 kilometer ini namun untuk kali ini beliau tak dapat join sebab ada ketentuan lain.

ayer-molek-sebelum-lari

Bergerak kira-kira jam 8.00 pagi laluan sama seperti sebelumnya cuma kali ini ia melawan arah jam. Jadi sedikit berbeza dari sebelum ini. Memulakan larian dengan baik cuma seperti biasa, aku terikut dengan pace para peserta namun masih mampu lagi mengawal larian. Memasuki kilometer 2 ke kilometer 3, aku merasakan sedikit goyah. Bunyi nafas mula berbunyi menandakan pengawalan pernafasan tidak berada dalam keadaan baik.
Dalam laluan kilometer ke 2 itu juga bermula upacara membaling warna ke arah peserta dan aku cuba mengelak dari terkena bahagian cermin mata.

Masuk kilometer 3-4 larianku semakin goyah dan aku terpaksa memperlahankan dan berjalan. Kakiku mula terasa berat dan keadaan berjalan ini bukan sesuatu yang kusukai. Apabila bermula jalan, memang sukar untuk memulakan larian yang lebih stabil.Tapi aku terpaksa bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini.
Di kilometer 5-6 tapak kakiku mula terasa melecet. Kaki mengelembung memang selalu berlaku terutama kalau terseret kaki. Apatah lagi keadaaan larianku masih ada seretan lagi. Tatkala hampir 100 meter ke penamat, rakanku berada di belakang. Wah, kira hebat juga beliau sebab sebelum ini pace beliau agak lemah tapi mungkin sebab aku banyak berjalan menyebabkan beliau dapat menangkap aku.

Alhamdulillah aku berjaya juga menamatkan larian 7.55 kilometer ini dalam jangkamasa 57:43 minit dengan anggaran pace 7.38 min/kilometer. Ia merupakan angka yang agak baik bagi rekodku tapi secara amnya aku masih kurang berpuas hati.

runkeeper-ayer-molek
Mungkin masih banyak yang perlu kulakukan untuk memperbaiki teknik larian dan kelajuan. Sasaranku sepatutnya sekitar 7.10 min/kilometer. Tapi tak mengapa mungkin silap sebab tiada latihan yang konsisten. Kalau ikutkan poada bulan Disember aku hanya berlari 2 kali dimana ianya tidak mencukupi. Larianku juga terlalu banyak berhenti dan aku masih tak dapat menjumpai pace sepatutnya.

color-run-ayer-molek

Dari segi penganjuran pula aku rasakan ianya OK cuma ada yang perlu diperbaiki :-

1) Hanya ada 1 water station di kilometer 2-3. Seeloknya ada lagi 1 water station di kilometer 5-6 sebab ada yang tak sempat ambil di lokasi pertama (kawan aku le tu).
2) Tiada disertakan air atau roti seperti edisi pertama pada waktu pagi. Memang disertakan dalam goodies tapi bagi yang ambil awal mengalami kerugian sebab kebanyakan dah minum dulu. Elok kalau bagi goodies kudapan pada hari kejadian.
3) Cameraman hanya di lokasi akhir. Kalau ikutkan station baling warna tu ada 4-5. Elok kalau dalam 1 station tu ada sorang cameraman sebab ia boleh dijadikan pengalaman para peserta.

Itu sahaja serba sedikit ceritaku menyertai larian COlor Run Ayer Molek 2. Mungkin ini acara terakhir pada tahun ini. Harap-harap tahun depan akan lebih baik lagi.

7 Replies to “Sertai Acara Larian Color Run Ayer Molek 2”

Leave a Reply to zool Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.